Kenapa Allah Masih Hidupkan Aku pada Hari Ini ?

 Inilah persoalan yang kadangkala tercetus didalam fikiranku . kenapa ALLAH masih hidupkan aku pada hari ini ? kenapa Allah masih biarkan aku terus hidup tatkala aku banyak buat dosa ? kalau Allah teruskan aku hidup mungkin lagi banyak dosa yang aku lakukan . jika Allah tamatkan 'riwayat hidup' aku pada hari ini . mungkin lagi sikit dosa yang ingin aku pikul . lagi-lagi sebagai seorang remaja . zaman awal remaja adalah yang paling sukar untuk ditempuh . antara 13-16 tahun adalah satu perkara yang paling banyak dugaan bagi seorang remaja . dengan terpengaruh rakan sebaya yang gagal menempuhi dugaan seorang remaja . ada yang sudah jatuh ke lembah perzinaan . walaupun permulaan mereka berkenalan . tapi lama-kelamaan syaitan semakin mudah menghasut mereka . ada juga yang berani menyentuh rokok dan dadah . mungkin aku selamat tidak terjebak dengan perkara-perkara tersebut . tapi mungkin dengan suasana persekitaran yang semakin teruk sekarang ini . tidak mustahil aku akan terpengaruh dengan perkara-perkara tersebut . tapi bila fikir balik kenapa Allah masih hidupkan aku hingga ke hari ini walaupun aku banyak dosa mungkin Allah nak tunjukkan kekuasaan dia . mungkin Allah berikan aku petunjuk suatu hari nanti . mungkin aku akan 'berhijrah' suatu hari nanti . Allah mampu lakukan apa saja yang dia suka . kita tak boleh pandang rendah kepada seseorang . mungkin kita lihat dia pada hari ini dia seorang yang jahil . dia tak tutup aurat . dia tak tahu bab agama . tapi mungkin esok kita tak tahu yang Allah sudah beri petunjuk kepadanya untuk 'berhijrah'  daripada tak tutup aurat mungkin dia akan menutup aurat . daripada tak tahu bab agama mungkin dia lebih banyak ilmu agama yang dia ada daripada kita . kita tak boleh pandang rendah kepada seseorang kerana Allah mampu lakukan apa sahaja yang dia suka . Allah mampu lakukan apa saja apa yang dia nak  .

1 comment:

  1. salam, saya tag awak.. http://belogsaye-echa.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-linas-journey.html

    ReplyDelete