Fenomena Ustaz Azhar Idrus

  Fenomena Ustaz Azhar Idrus (UAI) amat mengkagumkan. Kejayaannya menarik ribuan remaja untuk mendengar ceramahnya amat luarbiasa. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, mereka ini faham ker sesetengah bahasa Terengganu pekat yang digunakan oleh UAI itu?? Tapi semua itu tidak menghalang mereka membanjiri ruang ceramah UAI. 

  Alhamdulillah aku ,abang dan ayah adalah diantara 30,000 hadirin yg diumumkan oleh pengerusi majlis yang mengikuti majlis secara live oleh penceramah tersohor negara iaitu Ustaz Azhar Idrus yang berlangsung di Masjid Negeri Shah Alam. Pengerusi majlis juga mengumumkan bahawa seramai 34,000 orang lagi mengikuti siaran langsung majlis ini di internet. 


Fenomena Ustaz Azhar Idrus nampaknya sudah gagal dibendung lagi. Ia sudah menjadi kegilaan baru anak2 muda di Malaysia, Singapura dan Brunei. Ia sudah menjadi anti-virus maksiat popular dalam  negara. Jarang ada tokoh yang boleh menarik puluhan ribu umat ke masjid, tapi UAI adalah tokoh pendakwah unik itu. Video2 ceramah beliau di YouTube antara capaian paling popular anak muda di dalam dan luar negara.


Ustaz mengingatkan supaya kita menjaga setiap masa apa yang Allah tengok. Allah menengok zahir dan batin kita. Maka jadilah orang yang mencapai kemenangan. Siapa yang akan menang? Iaitu orang yang taat pada Allah dan Rasulullah. Siapa yang taat Allah dan Rasulullah maka dia telah menang besar. Orang yang menang besar, insyaAllah akan mendapat balasan syurga Allah. Seterusnya Ustaz menjelaskan untuk mendapat syurga Allah, manusia mestilah beriman, berilmu, beramal dan ikhlas.


Selain dari orang yang beragama Islam, tidak akan dapat masuk syurga. Orang bukan Islam walau sekaya mana pun, walau sehebat mana pun, walau sebaik mana pun, akan kekal dalam neraka Allah. Kerana apa? Kerana tidak beriman dengan Allah.  Pra-syarat utama kunci menuju syurga Allah ialah mestilah beriman kepada Allah dan Rasulullah. Yakin pada agama lain selain daripada Islam, adalah keyakinan yang sia-sia.



 fenomena ustaz azhar idrus
29 januari :D

No comments:

Post a Comment